Asal usul rangkaian IRC
IRC iaitu Internet Relay Chat pada asasnya dicipta oleh seorang bernama Jarkko Oikarinen yang bekerja di sebuah University of Oulu di Finland pada tahun 1988.Pada mulanya IRC ini direka sebagai variasi ‘multiuser’ dalam kemudahan ‘chat’ Unix.Program perbualan Unix yang asal hanya membenarkan dua pengguna menaipkan mesej kepada satu sama lain.  Versi baru yang dicipta oleh Oikarinen ini membolehkan ramai pengguna dapat memasuki satu pelayan dan berbual sesama mereka. Server yang pertama untuk IRC telah didirikan di Oulu. Pada pengakhiran tahun 1988, IRC berkembang dan disitulah terhasilnya satu program yang di berinama mIRC yang ada sekarang. Program ini dicipta oleh seorang yang bernama Khaled Mardam-Bey.

mIRC ialah salah satu-satunya pada masa itu program yang paling hebat untuk berkomunikasi melalui pelayan yang boleh didapati. Ianya mudah digunakan dan disertakan dengan sokongan yang baik.Didalam perbualan chat Anda sebenarnya tidak perlu memasukan nama sebenar anda dan alamat surat elektronik (email) anda jika anda tidak mahu,tertakluklah kepada anda dan dirianda. Ianya tidak pernah menjadi satu kesalahan. Setelah anda bersedia, sambungkan program baru anda ini ke Internet. Pilih server yang anda mahukan dengan menekan File, SetUp, IRC server. Anda akan mendapati terdapat banyak server IRC untuk dipilih. Selalunya, memilih server yang berhampiran dengan anda adalah lebih baik kerana ianya lebih cepat dan kurang masalah untuk memasukinya.Mula-mula, anda harus biasakan diri dengan beberapa helah IRC di tempat yang tiada siapa dapat melihat kesilapan yang anda lakukan dan anda tidak akan mengganggu pengguna-pengguna lain. Caranya ; sambungkan ke mana-mana server dan klik pada Commands, Join Channel dan taipkan #(nama anda) ke dalam kotak yang disediakan. Anda akan memasuki satu ruangan dengan nama anda di tepi bahagian kanan , @(nama anda), menunjukkan anda adalah ketua di dalam ruangan itu,atau lebih dikenali sebagai ‘operator’. Dalam ruangan perbualan, anda akan melihat “*** Now talking in #(nama anda)”. Pergi ke ‘HELP’ dan buka pengenalan fail Help mIRC. Di bahagian bawah skrin, anda akan melihat satu garis “words box”. Mulakan latihan anda!!! Jika anda masih baru dalam IRC. Anda juga boleh mendapatkan senarai #channel lengkap untuk server anda dengan menekan pada tulisan yang kelima dari kiri dan pilih Get List. Baca senarai yang diberikan dan klik untuk memasukinya. sekian!. 

Apakah definisi IRC
Internet Relay Chat merupakan satu rangkaian internet yang membolehkan real time conference iaitu perhubungan melalui  internet seolah-olah dalam dunia sebenar. Anda boleh berkomunikasi dengan masyarakat didalam IRC (ada yang hidup dalam IRC) dengan  menggunakan IRC Client. Seperti mIRC , pirch , virc , telnet , ircll dan lain lain 

Bagaimana sesuatu rangkaian IRC dicipta
Tuan punya sesuatu rangkaian IRC akan menyediakan program yang membolehkan anda berada di dalam rangkaian tersebut, dan program ini dipanggil server. Sebuah rangkaian IRC yang bagus akan mempunyai banyak server, dan ramai nerd (IRCop dan IRCAdmin) yang menjadi penunggu setia. 

IRCAdmin dan IRCop 
IRCAdmin ialah orang yang bertanggungjawab ke atas setiap server,biasanya seorang IRCAdmin untuk setiap server. IRCop (IRCOperator, bukannya IRC COP) ialah mereka yang dilantik oleh 
IRCAdmin untuk mengendalikan rangkaian IRC. IRCop mempunyai beberapa kuasa seperti men'disconnectkan', kill, reharsh, dan k-lined anda. 

Netsplit 
Apa yang anda perlu faham ialah tidak kesemua chatters menggunakan server yang sama. Ada masanya sesuatu server itu terputus connection drpd sesuatu rangkaian IRC. Jadi, semua users yang menggunakan server tersebut akan dilihat sebagai 'meninggalkan IRC', walhal pada mata mereka juga, anda dilihat sebagai telah 'meninggalkan IRC'. Jadi janganlah gaduh2 menyalahkan sesiapa yang netsplit. 

Apa itu nickname? 
Nickname telah diberi 'voice' ( /mode #channel +v nickname ). +voice hanya berfungsi apabila channel disetkan kepada 'moderate', iaitu hanya op dan orang yang disetkan +v sahaja boleh taip message kedalam channel. 

Apakah kelebihan mIRC berbanding dengan lain-lain program
- anda boleh menggunakan apa jua nickname yg anda mahu.
- mendaftar seberapa banyak channel yang anda mahu.
- anda boleh masuk seberapa banyak channel yang anda mahu, 
- boleh chat private dengan seberapa banyak  nickname yang anda mahu 
- boleh menghantar dan menerima fail seberapa banyak yang anda mahu, dan terdapat beberapa  Channel yang  menawarkan fail, contohnya #mp3 dan #midi 
- kelebihan option DCC yang tidak bergantung kepada server 

Senarai dibawah adalah commands yang lazim didalam IRC
/server 
/nick 
/quit 
/away 
/who 
/whois 
/part 
/back 
/msg 
/query 
/join 
/kick 
/ignore 
/mode nick 
/me 
/ban 
/dcc chat 
/dcc send 
/ping 
/invite 
/unban 
/topic 
/notice 
/list 

/server ser.ver.name ( /server irc.dal.net ) 
tukar kepada server irc.dal.net

/nick nickname ( /nick Budak^Besut ) 
tukar nick kepada MoSh

/quit [alasan] ( /quit nak pi tido. ) 
keluar(quit) IRC.(reason adalah optional)

/join #channel ( /join #Besut ) 
masuk channel #Besut

/who nickname/#channel ( /who Matt` @ /who #Besut ) 
mendapatkan maklumat berkenaan nick Matt`, juga menyenaraikan semua nick yang berada dalam #Besut, kecuali mereka yang invisible

/whois nickname ( /whois username) 

/part #channel ( /part #Besut ) 
keluar dari #bmIRC

/away [alasan] ( /away nak pi dapor ) 
setkan diri anda sebagai away alasan kemana-mana.

/msg nickname message ( /msg Budak^besut hello.... ) 
hantar mesej 'hello...' kepada Budak^Besut

/query nickname ( /query Antu-One ) 
buka chat window dengan Antu-One.

/notice nickname message ( /notice Joki^kriss jom sembang.... ) 
hantar notis 'jom sembang...' kepada Joki^Kriss. notis berlainan dengan msg kerana tiada sebarang window dibuka

/notify nickname ( /notify Budak^Besut ) 
anda akan diberitahu apabila J|wang online ataupun offline

/ignore nickname(atau *@host.add.ress ) ( /ignore Budak^Besut @ /ignore *!*@*.tm.net.my ) 
untuk ignore Budak^besut, atau sesiapa sahaja yang menggunakan address *!*@*.tm.net.my. Sesuai digunakan bila anda diganggu dan menggagalkan cubaan flood.

/mode your_nick +i ( /mode your_nick +i ) 
setkan anda kepada invisible. tukarkan +i kepada -i untuk setkan kepada visible semula.

/me message ( /me ucap assalamualaikum semua ) 
*nickanda ucap salam kat semua

/list ( /list ) 
untuk menyenaraikan semua channel yg ada

/dcc chat nickname ( /dcc chat Matt`) 
buka dcc chat window dengan Matt`. kelebihan dcc chat berbanding dengan msg ialah dcc tidak bergantung kepada server IRC. Walaupun anda telah disconnect dari server IRC, anda boleh lagi chat di dalam dcc windows.

/dcc send nickname filename.ext ( /dcc send Budak^Besut c:\picture\mafia.jpg) 
hantar file mafia.jpg dari folder c:\picture\ kepada Budak^Besut.

/ping nickname ( /ping Budak^Besut ) 
 ping ialah masa yang diambil untuk message anda sampai kepada nick yang anda ping. sekiranya masa yang diambil terlalu panjang, lakukan sesuatu seperti tukar IRC server.

/say message ( /say Sayonara ) 
sama dengan hanya menaip 'Sayonara'

/mode #channel +o nick ( /mode #Besut +o Antu-One ) 
 memberi status @ kepada Antu-One dalam channel #Besut.

/mode #channel -o nick ( /mode #Besut -o Budak^Besut ) 
menarik status @ daripada MoSh dalam channel #Besut.

/kick #channel nick ( /kick #Besut bulat` ) 
menendang Bulat keluar dari channel #Besut.

/mode #channel +b nick!username@host.add.ress ( /mode #Besut +b *!carut*@*.tm.net.my ) 
memban penjahat yang menggunakan address *!carut*@*.tm.net.my.

/mode #channel -b nick[hostaddress] ( /mode #Besut -b *!*@202.142.12.* ) 
menarik balik ban yang telah dikenakan ke atas address *!*@202.142.12.*

/topic #channel topik baru ( /topic #Besut Selamat Datang ) 
menukar topic dalam channel #Besut kepada 'Selamat Datang'

/mode #channel +-ptislkmRrn ( /mode #Besut +tn-psklmRri )menukar 
mode #Besut.

Winnuke (virus dalam IRC)
WinNuke ialah sejenis program yang dicipta sebagai 'senjata' untuk menakut-nakutkan pengguna didalam IRC, menganiaya mereka-mereka yang tidak bersalah dan juga yang bersalah. Apakah benar WinNuke boleh menakutkan anda, menyebabkan Win3.1, Win95 atau WinNT anda 'hang', iaitu skrin berwarna biru keluar, dan anda terpaksa restart Win* anda?. 

Bagaimana WinNuke mampu menganiaya 
WinNuke akan menghantar OOB (Out Of Band) data kepada IP address mangsa melalui internet, dan kebiasaannya port yang menjadi sasaran ialah port 139. OOB ini akan menyebabkan Win* anda menjadi 'hang' kerana tidak mampu mengendalikan data yang diterima. 

Bagaimana caranya untuk mengatasi Nuke ini?
Caranya ialah dengan membetulkan WIn* OS anda dengan updater. Sila download patch VTCPUPD.EXE (256 KB) dan double click fail tersebut, dan WIn* anda akan selamat dari WinNuke. 

IRC Bots
IRC Bot ialah sejenis program yang dicipta supaya ianya berada didalam channel (biasanya 24jam sehari); mengawal ketenteraman channel; membuat kejahatan seperti takeover, flooding dan annoying; dan memberi perkhidmatan kepada channel tersebut. Di sini saya hanya akan menerangkan tentang IRC Bot yang baik, iaitu yang tidak membuat kejahatan.

Seringkali users tersalah anggap di antara IRC BOT dengan IRC SCRIPTS.IRC scripts mampu berfungsi sebagai IRC Bot, terutamanya berkenaan dengan auto responds (remote section). Diharap anda dapat membezakan antara IRC scripts dengan Bot.

IRC Bot biasanya dirun dari unix servers, dan bot yang run dari windows adalah biasanya bot yang dikendalikan oleh newbies.Bot dirun dari unix kerana unix system biasanya akan diconnect kepada internet 24jam, (takkan nak dialup ISP 24 jam?). Bot yang paling popular ialah Eggdrop,ditulis dalam TCL programming language. 

Ada juga bot dikendalikan dari OS window95/98 tetapi menggunakan talian ISDN Cara ini agak mahal . selalu digunakan di cybercafe. Bot script command seakan akan Eggdrop bot juga banyak di dapati